Medan Perubahan ke Arah Taqwa...

Ramadhan ya Ramadhan...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan................Alangkah sukanya dan gembiranya hamba- hamba Allah yang hatinya terpaut kepada kebaikan dan kebajikan.Moga- moga kita semua yang muslim tergolong di dalam golongan- golongan orang yang sebegini.
Hidup manusia di atas muka bumi ini tidak lama hanya sekejap sahaja....mai singgah ja pastu tutupla buku tak lama......sapa yang faham- fahamla yang tak faham pandai- pandai cari.
Siapa yang tidak mahu berubah ke arah kebaikkan di dalam hidupnya? Mungkin ada manusia spesis sebegini tetapi bagi diri seseorang yang rasa ingat akan Allah taala sudah pasti mahu berubah ke arah kebaikkan di dalam hidup mereka walaupun ada di antara golongan sebegini yang sering kali terlanjur ke arah maksiat disebabkan kalahnya diri dengan godaan syaitan dan hawa nafsu yang membara.
Lebih- lebih lagi bagi anak- anak muda yang masih hebat nafsu keinginannya sudah pastinya sentiasa berada di dalam risiko yang amat besar.
Adakah jalan kefasikan dan kemunafikan yang kita mahukan di dalam hidup ini? Sudah semestinya tidak...jadi bagi anak- anak muda sepertiku marilah kita merebut peluang di bulan ramadhan ini dengan menjadikan bulan yang baik ini sebagai medan tarbiyah dan perubahan diri...Pastikan jom.......Berubah beramai- ramai ke arah taqwa.