Bentuk- bentuk Masyarakat dari perspektif sosiologi

Masyarakat kebiasaannya didefinisikan sebagai satu kumpulan individu yang mempunyai persamaan dalam beberapa perkara. Masyarakat adalah sebuah pola yang kompleks tentang satu organisasi sosial yang mana terdapat ahli yang saling bergantung dan juga mempunyai garis panduan pada setiap disiplin tingkah laku sosial. Merujuk dari aspek bahasa, Kamar (1992) menyatakan perkataan masyarakat berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud berkongsi, bersekutu dan sebagainya manakala menurut kamus dewan pula, masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama, pergaulan masyarakat dan hidup bermasyarakat manakala dalam bahasa inggeris pula perkataan yang digunakan ialah sosial yang bermaksud hidup dan kumpulan, pergaulan dan masyarakat(society). Masyarakat meliputi di dalamnya individu atau komuniti yang berhubung antara satu sama lain yang berkongsi satu kebudayaan yang sama di dalam satu kawasan tertentu dan mereka berasa bersatu di dalam satu kumpulan dan melihat diri mereka berlainan daripada individu ataupun satu komuniti ataupun populasi manusia yang lain.

 

Terdapat dua pembahagian atau dua konsep penting tentang masyarakat yang mana kedua- dua konsep ini mula diperkenalkan atau digunakan oleh seorang ahli sosiologi Jerman iaitu Ferdinand Tonnies. Kedua- dua konsep masyarakat ini ialah masyarakat Gesselshaft dan Gemeinschaft yang mana konsep ini dihasilkan merujuk kepada jenis- jenis masyarakat, susunan sosialnya dan juga hubungan yang terdapat di dalam masyarakat tersebut. Pembahagian kategori masyarakat ini biasanya merujuk kepada zaman dan kedudukan geografi sesuatu kelompok masyarakat itu tinggal. Jika merujuk kepada zaman kita boleh lihat masyarakat pada zaman dahulu lebih kepada jenis masyarakat berbentuk Gemeinschaft manakala jika merujuk pada zaman sekarang faktor geografi mempengaruhi bentuk sesebuah masyarakat tersebut dan ianya juga berbeza mengikut pembangunan yang pesat pada sesebuah dan juga mungkin faktor keluasan sesebuah Negara samaada kecil ataupun besar mempengaruhi pembentukan kedua- dua bentuk konsep masyarakat yang diperkenalkan oleh Ferdinand Tonnies.

 

Kelompok masyarakat berbentuk Gemeinschaft atau dikenali sebagai the society of  tradition ini merupakan masyarakat yang ikatan ataupun hubungan sosialnya berlandaskan ikatan kekeluargaan dan ikatan persahabatan yang rapat. Masyarakat Gemeinschaft juga dapat disamakan dengan satu komuniti kerana ianya merupakan satu kelompok masyarakat yang kecil dan satu komuniti itu adalah kecil daripada bentuk dan saiznya yang mana institusi terpenting di dalam masyarakat ini adalah keluarga. Melihat kepada hubungan sosial masyarakat berbentuk Gemeinschaft pula hubungan sosialnya amatlah rapat dan bersifat bersemuka ini adalah kerana disebabkan oleh mereka hidup dalam jarak yang dekat dan mereka mempunyai halatuju dan pandangan yang sama dan keadaan ini banyak berlaku pada zaman pra industri dan pada masa kini suasana seperti ini dari konteks Malaysia misalnya hanyalah dapat di lihat di kawasan kampung ataupun kawasan pedalaman sahaja. Semangat kekitaan ataupun setiakawan di antara ahli masyarakat berbentuk Gemeinschaft amatlah kuat yang mana kita akan dapat lihat terdapatnya budaya ziarah- menziarahi dan tolong- menolong di antara satu sama lain yang mana jika kita lihat kepada masyarakat yang tinggal di kampung mereka sentiasa suka bersembang,bergurau dan sentiasa mengambil berat terhadap satu sama lain dan dari sinilah yang menyebabkan semangat kekitaan dan setiakawan di antara ahli masyarakat berbentuk Gemeinschaft amatlah rapat.

 

Masyarakat Gesselschaft adalah berlawanan daripada masyarakat berbentuk Gesselschat yang dapat kita lihat pada zaman moden hari ini yang mana kehidupan masyarakat berbentuk Gesselchaft adalah sebagai society of of contract. Perhubungan di antara ahli masyarakatnya adalah berdasarkan hubungan berbentuk perjanjian dan formal dan perkara inilah yang menyebabkan tiadanya kemesraan dan semangat kekitaan di dalam masyarakat berbentuk Gesselschaft. Perhubungan sosial yang wujud di dalam masyarakat bebentuk ini hanyalah lebih kepada bersifat khusus dan impersonal yang mana interaksi di antara ahli masyarakatnya hanyalah bersifat individualistik semata- mata. Dalam masyarakat berbentuk Gesselschaft terdapat pembahagian tugasan dan peranan yang khusus pada setiap individu kerana terdapatnya institusi lain selain institusi keluarga yang mana ikatan setiap individu merujuk kepada matlamat sesebuah organisasi dan minat peribadi setiap individu itu sendiri.

0 comments:

Post a Comment