Dakyah media barat...

Peristiwa 11 September, 2001 merupakan suatu peristiwa serangan terancang dengan menggunakan dua pesawat komersial Boieng 767-200(Penerbangan 175 United Airlines dan Penerbangan 11 American Airlines) terhadap bangunan World Trade Center di bandaraya New York yang mana Amerika Syarikat mendakwa serangan ini dilakukan oleh kumpulan Al- Qaeda dan bermula daripada peristiwa inilah dunia barat mula mengecap Islam sebagai pengganas( terrorist) dengan media- media daripada barat mula memainkan peranan untuk menjatuhkan Islam dengan tidak henti- henti menyiarkan rencana, berita dan komen- komen yang memburukkan Islam dan umatnya dan dari sinilah tecetusnya Islamophobia pada masyarakat dunia kerana media- media daripada barat amat bijak dengan menggunakan istilah- istilah yang sengaja memalitkan Islam dengan perbuatan jenayah, ganas, bermuslihat dan sebagainya bagi menutup mata dunia terhadap keganasan dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim penjajah seperti Israel dan kuasa- kuasa besar yang sering melakukan keganasan terhadap negara- negara kecil khususnya negara umat Islam. Mereka mencipta musuh dan nama- nama baru tertentu untuk memberikan diri mereka lesen untuk melakukan apa sahaja terhadap dunia Islam dan umatnya dan dalam masa yang sama mereka mempergunakan prasarana undang- undang antarabangsa dan institusi- institusi antarabangsa untuk mengekang kebangkitan negara Islam, negara- negara berkecuali dan negara- negara dunia ketiga untuk bangun daripada menyaingi mereka sebagai kuasa ekonomi, politik, teknologi dan ketenteraan. Gejala Islamophobia merupakan cabaran amat besar dan berat kepada perjalanan dakwah Islam bagi memberi penerangan kepada masyarakat dunia berkenaan Islam yang sebenarnya bagi menangkis dakwaan dan perlabelan dunia barat yang streotaip terhadap Islam dan yang paling pentingnya adalah untuk memberi kefahaman dan kesedaran Islam kepada penganut Islam itu sendiri supaya mereka menjadi individu muslim yang benar- benar mencintai, mengamalkan dan sanggup berjuang habis- habisan bagi mempertahankan Islam dan umatnya daripada diperlakukan seperti binatang yang tidak berakal dengan kejam dan zalimnya oleh Amerika Syarikat dan sekutunnya kerana masyarakat Islam hari ini sudah dikotori pemikirannya oleh ideologi sekularisme yang dibawa daripada barat yang berusaha untuk memisahkan kehidupan dengan panduan agama jadi lahirlah negara dan masyarakat Islam yang menjuzuk- juzukkan Islam dengan mengikut kemahuan dan apa yang mahu diikut dan dilaksanakan sahaja di dalam syariat Islam syariat Islam itu sendiri yang sudah semestinya menyebabkan umat Islam itu menjadi lalai, leka dan tidak faham dengan sebenar- benarnya apa itu erti Islam dan mengapa diri mereka beragama Islam yang menyebabkan orang bukan Islam memandang hina kepada umat Islam pada hari ini. Perkara ini sudah semestinyalah memberikan tekanan yang besar kepada pergerakan dakwah islam bagi memperbaiki segala kepincangan yang berlaku dan ini memerlukan medium dakwah yang luas lapangan penyampaiannya seperti media elektronik dan media cetak.

Hakikatnya umat Islam perlu memperkasakan media bagi menangkis segala bentuk serangan propaganda buruk barat terhadap Islam yang apa yang dinyatakan oleh mereka adalah sesuatu yang tidak benar sama sekali dan pemerkasaan media oleh umat Islam juga perlu bagi menjadi medium dakwah yang baik untuk meluaskan ruang lingkup serta keberkesanan dakwah Islam terhadap bukan Islam dan penganut Islam itu sendiri. Jadi ini menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada para pengamal media yang beragama islam samaada yang berada di lapangan media cetak ataupun media elektronik. Televisyen, suratkhabar, blog dan juga filem- filem ataupun dokumentari- dokumentari merupakan medium yang tepat pada masa kini yang perlu diislamisasikan untuk dijadikan satu medium propaganda dan dakwah Islam yang berkesan untuk menangkis segala perlabelan dan tohmahan barat terhadap umat Islam. Jadi, pengamal- pengamal media yang beragama Islam dan yang ingin memperjuangkan dan mempertahankan Islam dan umatnya daripada ditindas oleh barat perlulah mempersiapkan diri mereka dengan dengan ilmu pengetahuan Islam dan ilmu dan lain- lain ilmu yang bersifat semasa dan juga pengamal media ini juga sudah semestinyalah mereka perlu mengamalkan islam itu sendiri dengan sebaiknya. Dalam hal ini, bagi wartawan- wartawan di lapangan media cetak perlulah melaksanakan jihad pena mereka kerana melalui jihad pena melalui medium suratkhabar yang berunsurkan Islam dan yang lain daripadanya sebenarnya merupakan senjata yang paling canggih dalam berhadapan dengan serangan bertubi- tubi pihak musuh Islam yang amat berbahaya dalam menanamkan doktrin jahat mereka kepada umat Islam sehingga berjaya menjadikan umat Islam lalai dan sehingga menjadi umat yang dipandang dan dikatakan ganas dan jahat oleh masyarakat dunia. Apa yang dilakukan ini sudah semestinya akan mewujudkan satu peperangan ideologi yang perlu bagi membersihkan nama Islam di mata dunia. Apa yang perlu dilakukan oleh pengamal media cetak yang beragama Islam adalah dengan menjadikan medium media cetak seperti suratkhabar itu sebagai wadah dakwah dan begitu juga dengan pengamal- pengamal media yang berada di lapangan media elektronik perlu dan mesti berbuat sedemikian. Saluran- saluran maklumat ini perlulah digunakan dengan sebaik- baiknya dengan mendedahkan ketidakbenaran dan kebatilan ideologi daripada barat yang hanya merupakan ciptaan manusia yang hina seperti sekularisme kerana fahaman sekularisme ini sudah lam memerangkap kehidupan umat Islam daripada mengamalkan ajaran Islam dengan sebaik- baiknya yang mana media yang diislamisasikan ini perlulah berusaha dengan perancangan yang rapi untuk menyedarkan berkenaan perkara ini dan untuk membawa mereka kepada iltizam dan akidah Islamiyyah yang sebenar- benarnya. Media massa perlu memiliki falsafah penyiaran yang berteraskan al-Quran dan Hadith. Ia harus dipastikan multazim dengan dasar penyiaran Islam. Tujuan penyiaran sewajarnya untuk mendidik, meningkatkan kewarasan, menyelesaikan masalah, menyampaikan risalah dan saranan Allah kepada seluruh manusia, menghibur dalam batas yang halal dan kadar yang munasabah, membela golongan yang tertindas dan teraniaya, mempertahankan kebenaran dan keadilan. Para penjawat jawatan dalam lapangan ini hendaklah dipastikan dari kalangan golongan yang berilmu yang menegakkan kesaksamaan dalam dirinya dan dalam isu di luar lingkungan dirinya. Mereka mesti melalui kursus profesionalisme kewartawanan yang menekankan penghayatan terhadap etika kewartawanan, tanggungjawab sosial, dan matlamat penulisan kerana Allah dan bukan kerana muslihat diri atau kroni. Para wartawan yang menghina Allah, Rasul, Para Sahabat, Perjuangan Islam, alim Ulama, dan golongan muslim dan muslimah yang komited perlu disingkirkan dan dipulihkan dalam pusat pemulihan khusus. Jika tidak mereka mungkin akan menjadi agen orientalis, imperialis dan Zionis yang menyesatkan khalayak pembaca dan umat . Media islam perlulah. Rata- rata kehidupan umat Islam hari ini dipenuhi dengan alatan- alatan komunikasi dan penyebar maklumat yang canggih seperti televisyen dan komputer yang mempunyai rangkaian internet jadi pengamal media mestilah menyediakan rancangan –rancangan yang bukan hanya sahaja bersifat menghibur bahkan bermanfaat kepada khalayak muslim dan bukan muslim dengan meletakkan program- program, rancangan hiburan dan keilmuan yang baik kerana apabila suasana sebegini wujud maka akan wujudlah juga masyarakat Islam yang fikiran dan nalurinya yang agak bersih daripada dakyah dan penyelewengan pemikiran manusia (sekularisme)daripada pihak barat maka dari sinilah juga akan wujudnya pengamalan Islam yang agak baik oleh umat Islam itu sendiri yang akan menyebabkan kejahatan mengenai Islam yang menjadi anggapan masyarakat dunia secara perlahan- lahan berlalu dan reda begitu sahaja. Industri perfileman juga merupakan wadah yang terbaik untuk menyampaikan dakwah Islam secara lebih meluas dan sekaligus merupakan suatu medium yang tepat dan berkesan untuk memaparkan segala kezaliman dan kejahatan barat bagi membersihakan semula nama Islam kerana sememangnya barat juga menggunakan medium media yang sedia ada inilah untuk memburuk- burukkan Islam dan umatnya.

Lantaran itu, segala medium media yang ada pada hari ini perlulah digunakan dengan sebaik- baiknya bagi mengembangkan dakwah Islam dengan lebih meluas lagi walaupun ranjau yang perlu dilalui amatah berliku tetapi perkara ini amat penting untuk dilaksanakan bagi menaikkan martabat Islam dan umatnya sebagai sebaik- baik umat dan seterusnya mampu untuk mematahkan segala serangan dakyah dan perlabelan yang buruk oleh barat terhadap Islam dari pandangan pemikiran masyarakat dunia.

0 comments:

Post a Comment